Seperti yang dijanjikan, PENANG2030 FESTIVAL 2025 tahun ini akan berlangsung meriah di kedua-dua kawasan termasuklah di Pulau dan Seberang Perai, agar seluruh rakyat negeri dapat sama-sama menikmati kemeriahan sambutan ini.
Selepas kejayaan penganjuran PENANG2030 Festival di Seberang Perai sempena Hari Warisan Seberang Perai pada bulan Julai lalu, festival kini akan kembali ke KOMTAR.
Dengan penuh sukacita, kami mempersembahkan poster rasmi PENANG2030 FESTIVAL KOMTAR 2025! 🎊 📅 Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu) 🕙 Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang 📍 Lokasi: Aras 3 & Aras 4, KOMTAR
Ayuh hadir beramai-ramai untuk merasai suasana penuh makna, dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, persembahan dan pameran menarik. ✨ Jumpa anda di KOMTAR — mari kita raikan Penang2030 bersama!